Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz

Oh! Artis

“Kalau Nak Cerita Biar Penuh” – Aliff Aziz Akhirnya Beritahu Sebab Curang Banyak Kali Dan Mengapa Belum Ceraikan Bella Astillah

Terbaru! Penyanyi, Aliff Aziz akhirnya mengaku yang dia berlaku curang kerana jiwanya rasa kosong ketika ditemu bual pihak Melodi

BACANabil Ahmad Dedah Sesuatu Mengenai Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sepanjang Di Program All Stars Gegar Vaganza

IKLAN

Aliff selama ini mendiamkan diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan olehnya akan menimbulkan sebarang spekulasi dari netizen.

Suami kepada Bella Astillah itu juga berkata perkara yang dilakukannya itu tidak patut dibanggakan dan ianya adalah satu kesilapan yang boleh jadikan dirinya malu serta berasa tertekan.

Aliff minta maaf kepada semua. Sebelum ini, Aliff nampak temu bual dia (Bella) cakap ‘no komen’ kepada rakan media. Kenapa dia tak cakap macam itu awal-awal.

Ya, saya berlaku curang.

Aliff juga perjelaskan panjang lebar mengapa dirinya masih belum menceraikan Bella pada perbicaraan di mahkamah pada beberapa minggu lepas.

Ada dua cerita. Memang saya banyak buat silap. Dia ibu kepada anak-anak saya. Ia perlu perbincangan. Apa yang jadi selepas itu nanti saya yang kena tanggung. Untuk kes khalwat, bukan saya diamkan diri. 

Kes itu masih dalam siasatan, saya tak pernah lari malah mengakui bahawa itu adalah kesalahan.

Penyanyi itu juga berkata yang dia akan ambil tindakan dan biarkan pihak mahkamah yang menentukan apabila ditanya mengenai isu mesej rakaman yang tular melibatkan dirinya sebelum ini.

Memang betul benda itu berlaku sebelum tangkapan berlaku. Kalau nak cerita, biar cerita penuh. Kenapa tak cerita pasal sebelum itu. Sewaktu saya sedang berusaha untuk perbaiki rumah tangga. Jangan kata rumah tangga hancur sebab saya shooting. Benda ni sebelum shooting lagi. Ummi pernah je halau Aliff sepanjang 8 tahun perkahwinan, kenapa tak cerita.

Bella pernah minta cerai dan tarik balik. Benda itu berlaku bulan Disember saya mula shooting bulan Januari. Perceraian yang diminta bulan Februari. Dia tarik balik sebelum saya shooting dengan Ruhainies. Benda kecil-kecil pun dia minta nak cerai.

Aliff juga ada berikan jawapan kepada pihak Melodi yang bertanya mengapa dia selalu berlaku curang.

Pada waktu itu saya rasa jiwa kosong kerana tak dapat hargai apa yang saya ada, saya tak dapat kawal diri. Tak ada benda yang saya nak sembunyi.

Kredit: Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas