Connect with us

Oh! Media

“Kalau Kelakar Kita Gelak” – Uqasha Senrose Teruja Jadi Juri MLM2021

uqasha senrose

Oh! Artis

“Kalau Kelakar Kita Gelak” – Uqasha Senrose Teruja Jadi Juri MLM2021

Rancangan lawak popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali bersiaran selepas setahun tidak dipertandingkan kerana pandemik. Kali ini, program ini menampilkan 11 kumpulan berentap untuk memenangi wang tunai RM500,000.

ADVERTISEMENT

Namun, timbul pula isu apabila Shahrol Shiro mempersoalkan barisan juri MLM yang menurutnya haruslah terdiri daripada pelawak berpengalaman.

BACA:“Kualiti Sebuah Kritikan” – Shahrol Shiro Persoal Juri MLM2021, Banding Dengan Indonesia

Menjadi salah seorang juri tetap MLM musim ini, pelakon popular, Uqasha Senrose menyambut baik kepercayaan yang diberi.

Jelasnya, walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, Uqasha mahu menilai lawak itu dari kaca mata penonton.

Pelakon cantik ini berkata lagi, dia sudah bertahun-tahun menjadi pengikut setia program maharaja lawak. Dia mengakui berasa seronok dan terhibur dengan peserta yang hebat-hebat belaka.

Qasha bukan seorang pelawak untuk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dalam bidang qasha tapi sebagai mata-mata penonton dan sebagai seorang pelakon Qasha nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak otai kita. Kalau kelakar kita gelak.

Selain Uqasha Senrose, juri MLM 2021 yang disiarkan setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna (Astro 107) turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle.

Kredit: Instagram Uqasha Senrose

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas