Connect with us

Oh! Media

“Kalau Dibayar Murah, Tak Perlu Heboh Di Media Sosial” – Faizal Hussein

Oh! Artis

“Kalau Dibayar Murah, Tak Perlu Heboh Di Media Sosial” – Faizal Hussein

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar peredaran berita tentang luahan sesetengah artis yang merasakan diri mereka dibayar murah jika terlibat dalam sebarang pekerjaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kali Pertama Ditawar Berlakon Muzik Video, Saif Teruja Biarpun Dibayar RM180

Selaras dengan musim pandemik, golongan selebriti juga turut terjejas dari segi pendapatan. Mungkin itu salah satu alasan mereka meluahkan kekesalan itu selain daripada faktor pengalaman dalam industri seni.

Faizal Hussien pertikai artis merungut di media sosial

Faizal Hussein

Namun, perkara itu tidak terlepas dari pandangan pelakon berbakat, Faizal Hussein yang dilihat mempersoalkan tindakan tersebut.

Menurutnya, seorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitamkan.

Tambah pelakon berusia 54 tahun itu, platfom media sosial bukanlah saluran yang tepat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah begitu.

Sebenarnya kalau seseorang pelakon itu rasa dia dibayar murah dan kalau tak nak buat, tak perlulah bercakap di media sosial atau khalayak ramai bahawa dia dibayar murah.

Saya rasa dengan cara ini, dia membuka pekung di dada, pekung di dalam industri kita sendiri. Kita tak seharusnya beritahu orang bahawa kita dibayar murah.

Kalau saya dibayar murah, saya terus tak buat saja projek itu. Tak perlu cerita dekat orang.

Faizal mengutarakan pendapat itu sewaktu menjadi tetamu jemputan program SPOTLIGHT anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru-baru ini.

Turut berkongsi pengalaman di ‘reject’ stesen TV

Selain Itu, dia juga turut berkongsi pengalamannya sebelum ini yang mana dirinya tidak diterima sebuah stesen TV dalam tempoh masa yang panjang.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak meluahkan perkara tersebut di khalayak ramai dan bersikap lebih profesional.

Saya pernah disenarai hitam oleh sebuah stesen TV selama 20 tahun. Contohnya kalau ada penerbit nak ambil saya, stesen TV cakap tak lepas. Itu memang perkara biasa.

Tapi masa saya dalam peringkat itu, saya tak pernah pun beritahu kepada media bahawa saya tiada tawaran dengan stesen terbabit.

Menurutnya, dia tahu jika bercakap tentang perkara itu di media sosial atau memberitahu kepada khayalak ramai, ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Perkara itu juga tidak mampu mengubah fikiran stesen TV tersebut untuk mengambilnya kembali selain percaya mereka mempunyai alasan tersendiri akan keputusan tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas