Connect with us

Oh! Media

Kali Pertama Ditawar Berlakon Muzik Video, Saif Teruja Biarpun Dibayar RM180

Cover Photo Om 1200 X 675 17

Trending

Kali Pertama Ditawar Berlakon Muzik Video, Saif Teruja Biarpun Dibayar RM180

Jumaat lalu, lima orang pelakon sambilan ditahan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung siasatan iklan mempromosikan aktiviti perjudian atas talian.

BACA: Tular Mengenai ‘Lagu Raya Judi’, 13 Individu Ditahan Bantu Siasatan

Mendakwa jadi mangsa penipuan, salah seorang pelakon, Saifullah Mohd Yunus ketika dihubungi BH Online berkata 13 Mac lalu dia ditawarkan oleh ejen pencarian bakat untuk berlakon dalam video muzik Hari Raya.

IKLAN
19artis 1618787719
Kredit foto Berita Harian Ihsan Saif

Katanya, dia berasa sangat teruja memandangkan ini merupakan kali pertama ditawar berlakon muzik video.

Saya yang kali pertama ditawarkan berlakon video muzik cukup teruja biarpun dibayar serendah RM180.

Saya tidak didesak (untuk terima tawaran). Cuma, pada awalnya, saya tidak tahu akan diberi peranan watak utama. Pada mulanya, saya diberitahu akan melakonkan watak sampingan.

Menyedari memegang watak utama, Saif cuba meminta kadar bayaran dinaikkan namun permintaan tidak dilayan.

Menyedari perkara itu, saya cuba meminta kadar bayaran dinaikkan kerana mengikut persetujuan asal adalah watak sampingan, bukan utama.

Namun, permintaan saya tidak dilayan. Tetapi, atas dasar profesional, saya teruskan kerja diamanahkan. Tidak sangka, kami akhirnya dipergunakan dan menjadi mangsa penipuan.

Namun, dia dan rakan-rakan sama sekali tidak menyangka akhirnya dipergunakan dan menjadi mangsa penipuan. Malah, dia mendakwa hanya mengetahui terlibat dalam muzik video promosi judi sejurus ianya viral.

Cuci 1

Biarpun diperalatkan, Saif lega isu ini mendapat perhatian serius semua pihak.

Bukan bermaksud saya bangga dengan apa yang terjadi. Saya bersyukur rakyat Malaysia peka dengan perkara membabitkan sensitiviti masyarakat dan agama.

Saya tidak marah kepada rakyat Malaysia sekalipun kesilapan ini bukan disengajakan. Apa yang dilihat, pendedahan ini mendapat perhatian dan disusuli dengan tindakan keras.

Kata Saif lagi, dia mengaku soal agama dan perkara sensitif adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang mudah. Namun, dia hanya mahu membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas