Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Kalau Ada Anak, Dah Masuk Darjah Tiga Dah” – Sudah Berkahwin 9 Tahun, Izzue Islam Tak Putus Doa Dikurniakan Cahaya Mata

Mereka yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan perkahwinan mereka.

BACA: “Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” – Anak Shuib Balik Menangis Kena Ejek Di Sekolah

IKLAN

Namun, rezeki yang diberikan kepada pasangan suami isteri itu berbeza-beza. Ada yang baru berkahwin selama setahun sudah dikurniakan dengan cahaya mata manakala ada juga yang sudah berkahwin bertahun-tahun tapi masih menanti rezeki untuk dikurniakan cahaya mata itu.

ini kerana, manusia hanya mampu merancang tetapi kuasa Tuhan yang menentukan segalanya.

Usia perkahwinan mencecah sembilan tahun

Semalam, pelakon dan pengacara, Izzue Islam ada memuatnaik satu hantaran di Instagramnya bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan tahun.

Menerusi hantaran itu, kapsyen yang ditulis Izzue mencuri perhatian pengikutnya yang menyatakan bahawa sekiranya dia memilik anak, pasti anak mereka sudah memasuki usia darjah tiga.

Izzue juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan isteri sepanjang perkahwinan mereka.

Harini usia meningkat lagi & 9 tahun berkahwin. Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Izzue dan Awin

Semoga cepat dikurniakan cahaya mata

Perkongsian Izzue di Instagram itu mendapat respon dari rakan artis dan warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar Izzue dan isteri akan dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.

Mari kita sama-sama doakan agar Izzue dan isteri cepat-cepat dikurniakan cahaya mata, Aamiin.

Kredit: Instagram Izzue Islam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas