Connect with us

Oh! Media

“Kadang-Kadang Laku, Kadang-Kadang Tidak” – Syafiq Yusof Akui Tertekan Dibandingkan Dengan Syamsul Yusof

Oh! Artis

“Kadang-Kadang Laku, Kadang-Kadang Tidak” – Syafiq Yusof Akui Tertekan Dibandingkan Dengan Syamsul Yusof

Sering dibandingkan dengan abang, pengarah, Syafiq Yusof mengakui dia tidak dapat menutup mulut serta tanggapan segelintir pihak terhadap filem yang dihasilkannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Allah Maha Pemberi Rezeki” – Tak Gentar Filem Diboikot, Syamsul Yusof Syukur Mat Kilau Terima Tempahan Tiket Tertinggi

Menurut Syafiq yang ditemui Harian Metro, sambutan luar biasa terhadap filem Mat Kilau arahan abangnya sedikit sebanyak memberi satu tamparan hebat buat dirinya.

Rasa tekanan itu memang ada. Walaupun saya tak nak bandingkan filem saya dengan filem-filem abang, namun orang luar akan tetap bandingkan. Mereka akan kata: ‘Oh dia tak sehebat abang dia, kutipan filem dia tak setinggi abang dia.

Kalau filem saya ‘box office’, Alhamdulillah. Kalau tidak box office pun, saya akan terus berjuang buat filem yang bagus untuk industri perfileman di Malaysia.

Anak bongsu kepada Datuk Yusof Haslam itu menambah meskipun merasai tekanan namun, dia sangat berbangga dengan kejayaan filem Syamsul Yusof itu dan percaya abangnya memiliki sentuhan emas sama seperti bapa mereka.

Itu fakta. Ayah saya buat filem semua laku, semua hit. Abang saya juga punya sentuhan yang sama. Saya saja kadang-kadang laku kadang-kadang tidak. Rezeki masing-masing kan?

Tetapi, saya tetap bangga dengan kejayaan abang saya. Menerusi kejayaan Mat Kilau, saya harap lebih ramai orang akan datang ke pawagam dan menonton filem tempatan.

Untuk info, filem arahan Syafiq, Abang Long Fadil 3 bakal ditayangkan di pawagam pada September ini.

Kredit: Harian Metro | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas