Connect with us

Oh! Media

“Kad Kahwin Pun Belum Ada Lagi”-Wany Hasrita Mahu Soal Cinta Jadi Misteri

Wany Hasrita

Oh! Artis

“Kad Kahwin Pun Belum Ada Lagi”-Wany Hasrita Mahu Soal Cinta Jadi Misteri

Wany Hasrita merupakan seorang penyanyi yang pernah memenangi Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular pada tahun 2018. Menahan Rindu merupakan lagu pertama yang merupakan titik kejayaan bagi kerjayanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Wani Hasrita Kecewa Foto Dirinya Menjadi Bahan Pemuas Nafsu Lelaki Gila ‘Seks’

Apabila sudah kian kali dikaitkan dengan beberapa artis lelaki, kini, Wany memilih untuk mengunci mulut setiap kali ditanya mengenai teman istimewa.

Tiba masa yang sesuai

Menurut Berita Harian, Wany Hasrita hanya akan memperkenalkan jejaka bertuah yang berjaya memiliki hatinya apabila tiba masa yang sesuai. Buat masa kini, Wany masih belum bersedia kerana belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dalam beberapa bulan lagi bersama seorang juruterbang.

Saya mohon maaf, jika boleh saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Sejujurnya, setakat ini, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana belum perancangan rasmi. Kad kahwin pun belum ada lagi.

Namun, jika pasti dan tarikh perkahwinan sudah ditetapkan, saya akan berkongsi dengan anda semua.

Wany tidak mahu mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan bakal peneman hidupnya seorang juruterbang kerana masih belum ada perancangan yang rasmi.

Saya tiada niat mahu merahsiakan identiti ‘si dia’ sebenarnya. Bukan takut dirampas kerana semua ini kerja Tuhan, namun saya banyak belajar daripada kesilapan.

Selain itu, saya menjadikan kisah cinta rakan artis sebagai iktibar.

Bagi saya, biarlah soal cinta menjadi misteri, buat masa ini. Apabila semuanya sudah pasti, barulah saya akan buka mulut kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang perhubungan yang terjalin.

Menurut Berita Harian, sebelum ini Wany ada mendedahkan perancangan mahu mendirikan rumah tangga, namun Wany mahu melunaskan impian yang belum tercapai sebelum berkahwin.

Setelah impiannya menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya sudah tercapai, kini Wany mahu membelikan sebuah rumah buat ayahnya pula.

Dikecam cara pemakaian tudung

Wany sebelum ini pernah dikecam kerana pemakaian tudung, dan netizen menganggapnya sudah berubah. Namun, Wany mengatakan bahawa semua orang mempunyai pendapat masing-masing dan dia tidak mahu mengulas mengenai isu tersebut.

Soal imej, tiada apa yang boleh saya komen. Saya mohon maaf kepada warga netizen dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan pakaian saya.

Tiada apa yang mengganggu fikiran, saya anggap hanya perkara biasa. Saya terapkan dalam hati, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan saya kena terima dengan hati terbuka.

Masing-masing mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Kita hanya perlu memberi sokongan moral kepada semua selebriti yang ada di Malaysia ini. Janganlah kecam-kecam okay?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas