Connect with us

Oh! Media

Wani Hasrita Kecewa Foto Dirinya Menjadi Bahan Pemuas Nafsu Lelaki Gila ‘Seks’

Oh! Artis

Wani Hasrita Kecewa Foto Dirinya Menjadi Bahan Pemuas Nafsu Lelaki Gila ‘Seks’

Baru-baru ini kecoh tentang penularan video di media sosial yang mana terdapat satu akaun Twitter telah memuat naik sebuah video memamparkan seorang lelaki melakukan aksi yang menjijikkan di hadapan foto penyanyi tanah air iaitu Wani Hasrita sejak jumaat yang lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, penyanyi lagu Menahan Rindu yang berusia 29 tahun itu mengakui tidak terkejut terhadap penularan sebuah video di media sosial menampilkan aksi tidak senonoh seorang lelaki itu selain turut mengakui pernah perasan gambar tidak senonoh seperti itu dikongsikan di laman Tumblr.

Jika diikutkan, saya mahu mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu membesarkan perkara ini kerana saya malu. Siapa tak malu muka kita dibuat video tidak senonoh. Sebelum ini, ada banyak dalam aplikasi Tumblr, pihak tidak bertanggungjawab ‘superimposed’ gambar artis dengan perbuatan jijik.

Dan, jujurnya, saya tidak mampu nak buat apa-apa terhadap perkara ini kerana ia berkaitan dengan kelakuan sesetengah manusia.

Wani mengakui bahawa beliau menerima banyak mesej berkenaan perkara itu selain memutuskan untuk memuat naik kenyataan dalam laman Instagram untuk meminta kerjasama antara semua warganet untuk melaporkan video tidak senonoh itu.

Beliau mengakui berasa bersyukur selepas beberapa lama kemudian, video tersebut telah dibuang oleh pihak twitter sendiri atas bantuan orang ramai melaporkan video tersebut.

Alhamdulillah, Twitter sangat membantu dalam soal ini, di mana laman ini sudah menurunkan video berkenaan dan akaun yang memuat naikkan video ini.

Wani bersyukur video tersebut telah diturunkan dari laman media sosial Twitter.

Walaubagaimanapun, mengakui turut berasa sedih kerana ia membabitkan maruahnya sebagai wanita islam selain turut tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku di bulan yang mulia ini.

Apabila tengok gambar saya sebegitu mestilah saya sedih dan mempersoalkan kenapa ada pihak yang sanggup melakukannya, apatah lagi pada bulan puasa. Banyak perkara yang bermain dalam pemikiran hingga saya berfikir mungkin salah saya memuat naik gambar.

Jadi, saya mengambil langkah, bukanlah tidak peduli atau reda, tetapi bersuara supaya orang lain boleh melaporkan. Dan syukur ramai membantu yang melaporkannya.

Beliau juga menyatakan bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa dengan sikap tidak bermoral dalam kalangan masyarakat ini melainkan melaporkan video tersebut walaupun sudah menutup aurat dengan lengkap.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas