Connect with us

Oh! Media

Jurusolek Dedah Da’i Syed Ajak Ke Pulau Ketika Isteri Hamil Anak Kedua

Ohmedia dai syed jurusolek

Oh! Artis

Jurusolek Dedah Da’i Syed Ajak Ke Pulau Ketika Isteri Hamil Anak Kedua

Hanis Raus dedah pernah digoda Dai Syed ketika isteri pendakwah itu sedang hamil anak kedua.

Aduh, dakwaan apa lagi ni? Seorang jurusolek wanita, Hanis Raus buat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya pernah digoda oleh pendakwah kontroversi, Dai Syed. Paling mengejutkan, waktu tu Syed dikatakan sedang bercuti dengan isteri dan keluarga di Pulau Pinang.

Hanis kata, Syed siap ajak dia check in hotel yang sama kononnya supaya senang nak jumpa. Padahal masa tu isteri dia ada sekali.

Dia suruh saya check in hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya. Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain.

Saya melayan bukanlah untuk bersama dia tetapi sekadar untuk ‘memancing’ perangainya. Saya berani bersumpah kami tak pernah berjumpa.- Katanya.

Da’i Syed didakwa buat perangai masa Isteri hamil anak kedua

Hanis mendakwa kejadian tu berlaku sekitar September tahun lalu, masa tu isteri Syed tengah mengandung anak kedua. Dia perasan Syed suka padam mesej setiap kali dia lambat balas.

IKLAN

Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua. Berlaku dalam bulan September tahun lalu. Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak balas cepat.

Bila kita leka kejap, dia akan clear mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang online, dia tak padam.- Ujarnya.

Kenal dari media sosial, pernah jadi penyokong Da’i Syed

Hanis kata hubungan tu bermula dari media sosial. Dia dulu penyokong kuat Syed masa kesnya tular, dan dari situlah mereka mula berhubung secara peribadi.

Selepas kes dia (Syed) meletup (viral) pertama kali dulu, saya memang menyokong dan menganggap dia dianiaya. Waktu itu saya memang follow media sosial dia dan kongsi video-video mengenai kesnya. Bila dia notis video tersebut saya macam seronoklah. Kemudian dia follow semula saya di Instagram.- Jelasnya.

Hanis turut dakwa Syed cuba ajak jumpa dengan alasan nak bagi barang jualannya. Walaupun Hanis minta pos je, tapi Syed tetap ajak jumpa secara bersemuka.

Semalam, Hanis dedah semua perbualan tu di akaun Threads miliknya untuk buktikan gangguan daripada Syed.

Untuk rekod, Syed pernah didakwa merogol seorang wanita pada 11 September 2019 di I-City, Shah Alam. Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos tahun lalu.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat sangat percaya dengan imej ‘alim’ atau ‘influencer’ yang nampak baik di media sosial. Kadang-kadang, perangai sebenar tak sama dengan apa yang kita nampak depan kamera. Hati-hati, ya korang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas