Connect with us

Oh! Media

Jasmine Suraya Senyap-Senyap Datang Ke Majlis Hijrah Cinta, Mahu Dekati Islam

jasmine suraya

Oh! Artis

Jasmine Suraya Senyap-Senyap Datang Ke Majlis Hijrah Cinta, Mahu Dekati Islam

Pelakon wanita, Jasmine Suraya Chin sebelum ini pernah mengakui dirinya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dengan lebih mendalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Jasmine Suraya Akui Rasa Takut Lihat Babak Ranjang Lakonannya Dalam Drama

Kehadiran Jasmine ke majlis Hijrah Cinta Neelofa baru-baru ini turut menarik perhatian orang ramai biarpun hanya ingin datang secara senyap-senyap.

Menurut Jasmine ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, hal yang dilakukan ini merupakan suatu perkara bersifat peribadi.

Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tidak stabil.

Difahamkan, dia pada mulanya ingatkan majlis tersebut menceritakan kisah cinta tetapi rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan dengan kisah nabi.

Dalam pada masa yang sama, Jasmine turut berasa terharu apabila rakan-rakan selebriti yang mengenalinya sangat mengalukan-alukan kehadiran beliau di majlis ilmu terbabit.

Sebelum ini, Neelofa ada mengadakan majlis khas untuk rakan selebriti wanita. Selain Jasmine, rakan selebriti lain yang turut hadir ialah Amyra Rosli, Ika Nabella, Izara Aishah, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas