Connect with us

Oh! Media

Jasmine Suraya Akui Rasa Takut Lihat Babak Ranjang Lakonannya Dalam Drama

jasmine suraya

Oh! Artis

Jasmine Suraya Akui Rasa Takut Lihat Babak Ranjang Lakonannya Dalam Drama

Sudah menjadi tanggungjawab seorang pelakon untuk menghayati dan menjayakan watak yang dibawa dalam setiap lakonan mereka. Tapi tidak mudah sebenarnya untuk melakukannya, apatah lagi bila babak itu sangat mencabar untuk dilakukan.

ADVERTISEMENT

Mungkin itulah apa yang dirasai pelakon wanita, Jasmine Suraya apabila mengakui rasa takut bila pertama kali menonton babak ranjang lakonannya dalam episod pertama drama bersiri Villa Kristal.

Tak percaya lakonkan babak panas

Bagi saya tengok rasa macam, takutnya. Saya pun macam tak percaya saya lakonkan babak panas itu. Babak itu mungkin agak cringe bagi sesetengah penonton wanita tapi saya memang berikan komitmen penuh dalam lakonan saya.

Jasmine yang ditemuramah Harian Metro dalam majlis pelancaran drama ini bagaimanapun menyatakan tidak ada sentuhan melampau antara dia dengan pelakon lelaki iaitu Alvin Wong. Babak panas itu dilihat berjaya kerana pengarah menggunakan trik kamera untuk mencari sudut paling sesuai.

Apabila disunting untuk tayangan, penonton nampak seperti ia adalah babak memaparkan keintiman Angle dan Robin.

Drama ini turut dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, Mimi Lana dan ramai lagi. Korang boleh menonton di WeTV.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas