Connect with us

Oh! Media

“Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih” – Rita Rudaini Jelaskan Tiada Masa Hasut Anak-Anak Jumpa Bapa Mereka

Rita rudaini aidil zafuan anak ohmedia

Oh! Artis

“Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih” – Rita Rudaini Jelaskan Tiada Masa Hasut Anak-Anak Jumpa Bapa Mereka

Pelakon Rita Rudaini nampaknya meluahkan rasa kesalnya apabila ada netizen yang bersimpati dengan nasib Aidil Zafuan dengan mendakwa Rita menghalang bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak-anak.

Rita yang ditemubual pihak Melodi TV3 bagaimanapun menjawab, netizen sepatutnya bersimpati dengan nasibnya sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak sendiri dari mereka kecil hingga besar.

Aku yang berpeluh-peluh ketiak bela anak daripada kecil, yang sana sebut sikit nama bermodalkan air liur terus kesian.

BACA: “Taik Je Semua! Berlakon Dalam Live!” – Netizen Kesian Aidil Zafuan Tak Jumpa Anak, Rita Rudaini ‘Naik Hantu’

IKLAN
Image 72

Rita Rudaini takkan pernah lupa bekas suami tak mengaku anak sendiri…

Tidak cukup dengan itu, Rita juga menyatakan dia tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang terlibat dalam isu perpisahan bersama Aidil walaupun sudah lama berlalu. Rita juga tidak akan pernah lupa ketika bekas suaminya itu tidak mengaku anak pertama mereka adalah darah dagingnya.

Okay baik anak orang lain.. Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat.

Jasa bapa dia cuma bagi benih saja! Tiada masa saya nak hasut. Rayyan kata tak nak jumpa.

Rita Rudaini tak pernah halang tapi tak dapat paksa anak-anak jumpa ayah mereka…

Bagaimanapun, Rita menjelaskan dia tidak pernah menghalang mahupun menghasut anak-anaknya untuk berjumpa dengan ayah mereka. Akan tetapi, Rita juga tidak akan memaksa anak-anaknya untuk berjumpa dengan ayah mereka kerana Aidil sendiri sudah lama tidak berjumpa.

Sekadar info, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun memilih jalan untuk bercerai pada tahun 2013.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas