Connect with us

Oh! Media

Jarang ‘Up’ Gambar Suami Pun Jadi Isu, Shima Anuar Tampil Sekolahkan Netizen ‘Busybody’

Oh! Artis

Jarang ‘Up’ Gambar Suami Pun Jadi Isu, Shima Anuar Tampil Sekolahkan Netizen ‘Busybody’

Memang dah jadi lumrah seorang selebriti, apa je yang dibuat pasti mendapat perhatian masyarakat. Tak kiralah perkara baik atau buruk, mesti ada netizen ‘prihatin’ yang memberikan pandangan masing-masing kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Shima Anuar Kesal Lihat Ibu Bapa Masih Bawa Anak Ke Tempat Awam

Seperti yang dikongsi pelakon Shima Anuar ini, dia menerima komen daripada seorang netizen bertanyakan mengenai suaminya.

Shima Anuar jawab pertanyaan netizen

Dia disoal mengapa jarang sekali ‘upload’ gambar bersama suami. Adakah kerana suami pelakon itu lebih berusia berbanding dirinya.

Tidak hanya mendiamkan diri, Shima menganggap komen yang ditinggalkan individu itu bertujuan untuk meraih perhatiannya sahaja.

Untuk menjawab soalan tu, saya tak nampak apa kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media, untuk promote suami saya. Tell me untuk apa?

Sebagai seorang isteri, Shima berkata, dia sangat bahagia dan berbangga menikahi lelaki itu. Jadi dia rasa tak perlulah nak tunjuk satu dunia.

Sangat bahagia dan bangga ada suami macam dia

Kata pelakon ini lagi, dia sendiri mempunyai akaun media sosial peribadi di mana dia boleh berkongsi apa sahaja tanpa perlu risau dihakimi netizen.

Kredit: Instagram Shima Anuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas