Connect with us

Oh! Media

“Jarang Dia Mengadu Sakit..” – Penggambaran Ditangguh, Yoe Parey Terpaksa Dibedah

Oh! Artis

“Jarang Dia Mengadu Sakit..” – Penggambaran Ditangguh, Yoe Parey Terpaksa Dibedah

Sebut sahaja tentang lawak spontan, sudah pasti ramai akan mengaitkan dengan trio pelawak baharu, Yoe Parey, Asif dan Syazli Sazli yang pernah mencetuskan fenomena baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Hal itu selepas aksi lucu mereka dalam video lawak dihasilkan oleh Syahmi berjaya memikat hati para penonton sehingga berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul ‘Mael Totey’.

Bagaimanapun, bakat mereka tidak disia-siakan selepas Asif berjaya dinobatkan sebagai pemenang Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Hasil kemenangan itu telah berjaya membuka mata orang ramai terhadap mereka dan difahamkan, satu filem baharu hasil terbitan Syahmi bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Syahmi Sazli bakal keluarkan filem terbaharu, lebih unsur komedi

Sebelum ini, Syahmi pernah memecahkan dominasi filem terlaris di platform Astro First dengan karya pertamanya berjudul ‘Mael Totey The Movie’ dan berjaya meraih sebanyak RM6.4 juta.

Angka tersebut berjaya dicapai selepas 24 hari tayangan sekaligus menewaskan filem-filem terbaik seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Terbaharu, Syahmi bakal menerbitkan filem keduanya berjudul ’35mm’ yang mengisahkan tiga saudara yang sesat di dalam lima zaman terdahulu.

Filem tersebut juga masih mengekalkan tiga pelakon utama iaitu Yoe, Asif dan Syahmi termasuklah beberapa penampilan khas seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawhi.

Yoe Parey terpaksa jalani perbedahan, alami penyakit angin pasang

Bagaimanapun, kerja penggambaran filem tersebut yang hanya berbaki seminggu itu terpaksa ditangguhkan sementara selepas Yoe Parey mengalami masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian Syahmi di laman Instagram, Yoe yang mengalami masalah angin pasang terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Bercerita sebelum kejadian, pada awalnya mereka sedang sibuk melakukan penggambaran sebelum Yoe tiba-tiba mengadu sakit dan meminta kebenaran untuk berehat.

Jarang Yoe mengadu sakit hingga terpaksa berehat. Apabila melihat keadaan Yoe yang tidak mampu menanggung sakit, saya membawanya ke hospital.

Dia kemudian perlu segera menjalani pembedahan. Keadaannya semakin baik. Sebaik Yoe keluar hospital, saya membawanya pulang ke Kelantan.

Tambah Syahmi, penggambaran yang dilakukan di Pulau Pinang itu telah hampir 95 peratus untuk disiapkan, namun terpaksa akur dan menghormati masalah kesihatan pelakon utamanya.

Katanya, filem yang bakal menemui penonton melalui saluran Astro First seminggu selepas Aidilfitri itu akan bersambung semula penggambaran pada Februari tahun hadapan.

Kredit: Harian Metro I Instagram Syahmi Sazli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas