Connect with us

Oh! Media

fazura

Oh! Artis

“Jangan Uji Sabar Dan Diam Saya Sejak 9 Bulan Lepas” – Fazura

Tak ada angin tak ada ribut, nama pelakon jelita Fazura tiba-tiba dipetik didakwa hanya memakai hoodie ‘berjimba’ di sebuah kelab malam.

Memberi respon, Fazura berkata tuduhan clubbing sangat berat dan dia tak melakukan perkara itu. Tetapi isteri kepada Fattah Amin ini mengaku ada memakai hoodie dan topi di luar.

IKLAN

BACA: “Saya Nak Jadi Diri Sendiri” – Fazura Mengaku Pakai Hoodie, Tapi Tuduhan Clubbing Sangat Berat

Terbaru, Fazura memuat naik satu hantaran di Instagram Story menujukan kepada seseorang. Tetapi pelakon ini tidak menyebut sebarang nama.

Fazura berpesan kepada individu yang berlagak ‘mangsa’ supaya tak menguji sabar dan diamnya selama 9 bulan ini. Iyalah, sabar seseorang pun ada hadnya juga kan.

Dalam hantaran tersebut, selebriti ini turut menyertakan quote menyatakan dia berusaha menyelamatkan reputasi orang lain dengan tidak membuka cerita.

Katanya, jalan terbaik untuk menghadapi dugaan adalah dengan mendiamkan diri.

Terdahulu, pelakon ini sempat menasihati pihak yang membuat tuduhan supaya berhenti mencuit dirinya. Selama ini, dia hanya buat hal sendiri namun ada pihak yang masih tak berpuas hati.

Kredit: Instagram Fazura

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas