Connect with us

Oh! Media

fazura

Oh! Artis

“Saya Nak Jadi Diri Sendiri” – Fazura Mengaku Pakai Hoodie, Tapi Tuduhan Clubbing Sangat Berat

Baru-baru ini, kecoh di TikTok satu hantaran berbaur sindiran yang ditujukan kepada seorang pelakon wanita.

Pelakon wanita yang merupakan usahawan tudung itu didakwa membuka tudung, hanya pakai hoodie ‘clubbing’ di negara seberang.

IKLAN

BACA: Akaun Fanatik Neelofa Sedap Sindir Usahawan Tudung Lain, Dakwa Pergi Clubbing Dekat Indonesia

Bila dah viral, ada netizen memetik nama isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura. Korang dengarlah sendiri penjelasan panjang lebar selebriti ini.

Fazura mengaku kadang kala dia memakai hoodie dan topi ketika keluar. Dia sendiri sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan terpaling solehah dan kini masih dalam fasa memperbaiki diri sendiri.

Katanya, setiap hari dia berusaha untuk istiqamah dan fotonya memakai hoodie juga ada dimuat naik di Instagram.

Tuduhan clubbing yang sangat berat. Tidak ada sejujurnya. Tapi memang saya suka menari. I love music dan Faz memang kerja kuat.

Ada masa Faz nak release tension, dan cara Faz suka berhibur. I love dancing and music. Faz kadang-kadang pergi karoke dengan kawan-kawan, kadang-kadang pergi restoran.

Sekarang ini banyak restoran yang gelap, ada music of course i goyang-goyang bahu. I berhibur tapi walaupun berhibur kita tahu, kita sentiasa ingat Allah.

Fazura berkata lagi, dia tahu batas dalam berhibur dan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Dalam masa yang sama, Fazura mahu menjadi diri sendiri dan para peminatnya tahu.

Jelasnya, ianya lebih baik daripada dia bertutup litup tetapi membuka aurat kembali di kemudian hari. Pelakon ini juga sempat menasihati pihak yang membuat tuduhan supaya berhenti mencuit dirinya.

Kredit: Instagram Astro Radio News

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas