Oh! Artis
“Jangan Tanya Mana, Siapa Ayah Saya” – Zara Zya Dedah Masih Berjuang Dengan Penyakit Misteri
Siapa sangka, artis macam Zara Zya yang kita selalu nampak ceria dan gembira, rupanya pendam banyak benda. Tak cukup dengan itu, dia juga mengakui sedang berjuang melawan banyak penyakit. Allahu…
BACA: Zara Zya Tampil Mohon Maaf Lepas Teruk Dikecam Isu Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki
Menerusi Threads, Zara mengejutkan peminatnya dengan mengakui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayah sendiri.
Katanya, lelaki yang dipanggil ayah itu juga tergamak melemparkan hinaan dan cacian kepadanya di semua tempat.
Tolong jangan buli dan suka cakap saya bukan-bukan. Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat.
Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya.
Post by @zarazyaView on Threads
Zara juga menyatakan dalam diam dia sudah mengumpul dan menyimpan banyak bukti untuk digunakan jika perlu.
Ada penyakit misteri
Lebih menyedihkan apabila pelakon itu juga mendedahkan dirinya sedang berjuang dengan penyakit misteri selain daripada penyakit yang memerlukan rawatan di hospital.
Saya ada anxiety, saya ambivert, saya buat bisnes semua tak menjadi, saya tak ada kawan, saya juga nak berkahwin tetapi masih belum sampai waktu.
Sementara itu, dia juga memaklumkan tidak mepunyai kawan rapat kerana masing-masing sudah menjauhkan diri.
Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.
Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi.
Post by @zarazyaView on Threads
Terdahulu, Zara pernah dimasukkan ke dalam wad kerana pelbagai masalah kesihatan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM