Connect with us

Oh! Media

Zara Zya Tampil Mohon Maaf Lepas Teruk Dikecam Isu Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki 

Oh! Artis

Zara Zya Tampil Mohon Maaf Lepas Teruk Dikecam Isu Adegan Dipeluk Pelakon Lelaki 

Baru-baru ini, pelakon Zara Zya teruk dikecam netizen apabila dia melakukan adegan dipeluk pelakon lelaki dalam satu teaser sebuah drama.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Oh Bulan, Zara Zya tampil memohon maaf atas tindakannya itu dan akui kekhilafannya dan menyesal kerana tidak berfikir panjang.

Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini.

Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.

Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas kalau saya terangkan, benda akan jadi panjang.

Bukan tu jer, pelakon wanita itu juga berkata yang perkara itu bukanlah sengaja untuk mencetuskan kontroversi atau menjadi bualan untuk menaikkan drama tersebut.

Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi.

Semestinya sedih tetapi nak buat macam mana, mereka yang hilang hormat kepada saya pun manusia biasa juga tetapi jangan terlalu ikut perasaan. Bagi saya peluang kedua untuk betulkan khilaf.

Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menegur dan yang kecam tidak mengapa harap dapat terima dengan hati terbuka.

Kecaman yang diterima Zara Zya mengenai adegan dalam drama itu juga buatkan dirinya takut akan penerimaan penonton tambah lagi apabila tiba saat nak ditayangkan nanti.

Ini pertama kali saya risau apabila drama ingin keluar kerana memikirkan penerimaan orang tentang watak dan drama tersebut.

Orang bijak akan nilai watak dengan kehidupan kita. Apa kesalahan saya, saya terima dan minta maaf.

Saya tidak boleh tutup mulut tempayan dan juga enggan menegakkan benang yang basah.

Apa pandangan korang? Apapun, semoga Zara Zya dapat mengelak daripada perkara sebegini terjadi lagi. 

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas