Oh! Artis
Zara Zya Kekal Tenang Walaupun Terpaksa Buang Sebahagian Buah Pinggang
Zara Zya disahkan kanser buah pinggang tahap satu dan kini jalani rawatan susulan dengan tenang serta lapang dada.
Pelakon Zara Zya akhirnya membuka cerita mengenai ujian kesihatan yang sedang dilaluinya apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap satu. Perkongsian itu dibuat secara terbuka selepas dia sendiri sudah lama mengetahui keadaan sebenar tubuhnya.
Walaupun kelihatan tenang dan ceria, Zara mengakui keadaannya kini tidak sama seperti dahulu. Namun begitu, dia memilih untuk menerima takdir ini dengan hati yang lapang dan positif.
Zara Zya sudah tahu sejak tahun lalu

Zara memaklumkan bahawa dia sebenarnya mengetahui tentang kanser buah pinggang tahap satu itu sejak tahun lalu. Ketika itu, dia telah pun menjalani rawatan pembedahan bagi menangani masalah tersebut.
Menurutnya, keadaan itu tidak terus didedahkan kerana dia mahu fokus kepada rawatan dan pemulihan terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan umum.
Zara mengakui tahap tenaganya kini tidak seperti sebelum ini. Dia masih boleh bekerja, tetapi perlu lebih berhati-hati dan mengenali had diri sendiri.
Saya okay, tetapi tak kuat macam dulu. Saya terima dengan tenang dan lapang dada. Saya buat apa yang termampu. Dulu boleh all out, guna banyak tenaga. Sekarang dah tak sangat.- Katanya.
Masih perlu makan ubat dan pemeriksaan berkala

Zara menjelaskan bahawa selepas pembedahan, dia masih perlu mengambil ubat serta menjalani rawatan fisioterapi. Selain itu, pemeriksaan berkala juga menjadi rutin penting untuk memastikan keadaannya stabil.
Saya sudah aktif bekerja. Sekarang ini perlu makan ubat, jalani rawatan fisioterapi dan pergi check-up sahaja. Syukur saya dapat tahu awal. Buah pinggang pun buang sebahagian sahaja.- Jelasnya.
Dalam masa sama, Zara berharap perkongsiannya di media sosial dapat membuka mata orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan. Menurutnya, pengesanan awal sangat membantu dalam rawatan dan pemulihan.

Pssttt! Ohmedia harap kisah Zara Zya ni jadi peringatan untuk korang supaya jangan ambil ringan bab kesihatan. Check awal, pantau diri sendiri dan dengar isyarat badan sebelum terlambat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM