Oh! Artis
“Jangan Sayang Orang Melebihi Allah..” – Ajai Tahu Masalah Yang Dilalui Hafiz Suip
Komposer terkenal, Ajai mendedahkan dirinya mengetahui mengenai masalah yang kini dihadapi penyanyi, Hafiz Suip.
BACA: “Aku Nak Tengok Yang Positif Je, Bukan Benda-Benda Bangs*t” – Hafiz Suip
Menurut laporan mStar, Ajai yang menganggap Hafiz sebagai adiknya sendiri itu menasihati supaya penyanyi itu terus kuat dan yakin mampu berdepan dengan situasi yang dilaluinya.
Hafiz ni macam adik saya sendiri… Saya faham sekarang dia ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah.
Saya cakap dia kena kuat, tak boleh tinggalkan kerjaya sebab ini mata pencarian dan dia faham cakap saya.
Bukan tu jer, Ajai juga meminta Hafiz supaya sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk daripada Allah SWT.
Jangan sayang orang melebihi Allah… minta dengan Allah supaya diberikan petunjuk, buat solat tahajud, dekatkan diri dengan Allah, mungkin masa begini Allah rindu kamu.
Jatuh bangun tu normal, biarlah orang nak kata apa tapi penghabisan rezeki kita ni di tangan Allah, Dia tentukan segalanya.
Pegang pada Allah sahaja, selamatlah hidup kamu.
Walau bagaimanapun, komposer itu tidak mendedahkan lebih terperinci apa sebenarnya masalah yang dilalui Hafiz Suip. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat penyanyi itu.
