Connect with us

Oh! Media

“Jangan Sampai Saya…” – Shakilla Khoriri Beri Respon Selepas Kisah Silam Dengan Suami ‘Dikorek’

Shakilla khoriri ohmedia

Oh! Artis

“Jangan Sampai Saya…” – Shakilla Khoriri Beri Respon Selepas Kisah Silam Dengan Suami ‘Dikorek’

Sebelum ini tular di Tiktok menunjukkan beberapa foto Shakilla Khoriri sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lepas. Rajin netizen korek!

BACA: Hantaran Bekas Isteri Kepada Suami Shakilla Khoriri Tular Kembali Undang Perhatian Netizen

Terbaru! Menerusi Tiktok, pelakon itu tampil bersuara mengenai perkara itu dan berkata dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan kisah sebenar yang bakal melibatkan serta menjejaskan banyak pihak. Pergh! Lain macam..

IKLAN
Img 7465

Walau bagaimanapun, dia tidaklah mahu lakukan perkara itu dan meminta orang ramai untuk teruskan hidup masing-masing agar tiada masalah berlaku.

Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang. Yang tersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk spill the tea. 

Shakilla Khoriri juga berkata sekiranya dia buka mulut akan ada banyak pihak yang hadapi masalah dan tersakiti.

Yang tersakiti, yang menyakiti, yang difitnah dan memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

Dasyat betul netizen! Benda lama pun ada yang ‘korek’ balik. Apapun, semoga Shakilla berbahagialah dengan suami tercinta, dahlah baru beberapa hari jer kahwin.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas