Connect with us

Oh! Media

“Jangan Jadi Munafik” – Ibu Syamsul Yusof Tak Restu Perkahwinan Dengan Ira Kazar

Jpg 20230107 123113 0000

Oh! Artis

“Jangan Jadi Munafik” – Ibu Syamsul Yusof Tak Restu Perkahwinan Dengan Ira Kazar

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menyelar tindakan anaknya itu susulan pendedahan perkahwinan kali kedua bersama Ira Kazar.

BACA: Puteri Sarah Beri Pesanan Buat Suami, Komen Ibu Mentua Raih Perhatian

Menurut laporan Berita Harian, Patimah menjelaskan bahawa dirinya telah mengetahui konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan oleh Syamsul sebelum tular di media sosial.

IKLAN

Tidak reda

50c4c18e ffde 4979 a388 6c3a88b27de8

Patimah juga menambah bahawa dirinya tidak reda dan tidak mengizinkan perkahwinan kali kedua anaknya bersama Ira.

Saya tak reda dan tak terima. Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin.

Dalam pada masa yang sama, Patimah beranggap bahawa tindakan Syamsul yang sebelum ini bermati-matian tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan Ira sebagai munafik.

Sebelum ini, tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita. Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu.

Sebelum ini, ibu kepada Syamsul Yusof itu telah memberi komen di Instagram mendoakan agar cucu-cucunya diberi ‘ayah’ yang lebih baik bagi menggantikan Syamsul.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas