Connect with us

Oh! Media

Anju ‘Kantoi’ Tersenyum Tengok Video Papa Mengaku Masih Sayang

Oh! Artis

Anju ‘Kantoi’ Tersenyum Tengok Video Papa Mengaku Masih Sayang

Seminggu dua ini, kecoh di media sosial perbalahan di antara pelakon Zarina Anjoulie (Anju) dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey. Keadaan menjadi semakin panas apabila masing-masing berbalas kenyataan seakan tak berpuas hati di antara satu sama lain.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Tudung Punca Putus” – Datuk Seri Kata Anju Toksik, Mahu Jaga Aib

Terbaru, tular pula video memaparkan Datuk Seri mengaku masih sayangkan tunangnya itu. Katanya, dia sayang tahap maut sampai botak kepala dibuatnya.

Papa masih sayang Anju

@imyoursbestie WAHAI NETIJENNN!! HAPPY TAK DENGAR DATO NI CAKAP APE? 🤭🤣 KITA DOA YG BAIK2 OKEYY.. JODOH KUAT DORG NI… INSHAALLAH 🤲❤️ #puteranordanish #anju #zarinaanjoulie ♬ original sound – Kedai online daling – HELO BESTIE
@imyoursbestie Replying to @wantie❤ KITA SAMA2 TUNGGU 17HB NI DAN DOA YG BAIK2 OKEYY 🤲❤️ semoga dato @Khazrul Elzey dan @Zarina anjoulie kembali semula dan kekal selamanya.. Aamin 🤲 #puteranordanish #anju #zarinaanjoulie #fyp #anjoulielavocah1 ♬ original sound – Kedai online daling – HELO BESTIE

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @imyoursbestie, Datuk Seri berkata dia akan berjumpa bapa Anju pada 17 hari bulan untuk berbincang mengenai masalah mereka.

Beliau memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan semoga urusan mereka berjalan dengan lancar.

“Jangan buat kantoi”

@yayachan312 Knowing u, just be u. #anju #zarinaanjoulie @Zarina anjoulie ♬ bunyi asal – musik random

Dalam pada itu, pembantu peribadi kepada pelakon berdarah kacukan ini merakam Anju tersenyum-senyum melihat pengakuan yang dibuat tunangnya (papa).

Anju sempat menegur tindakan PA dengan berkata, “Jangan buat kantoi”. Aduhai itulah dugaan bertunang kan? Semoga masalah selesai dengan cara baik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas