Connect with us

Oh! Media

“Bukan Tudung Punca Putus” – Datuk Seri Kata Anju Toksik, Mahu Jaga Aib

Oh! Artis

“Bukan Tudung Punca Putus” – Datuk Seri Kata Anju Toksik, Mahu Jaga Aib

Sehingga ke hari ini, kisah putus tunang pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey masih hangat diperkatakan apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memberi amaran kepada bekas tunangnya supaya tak menjadikan dirinya sebagai content di media sosial.

BACA: “Terkejut Dia Pakai Seksi Macam Tu, Saya Malu” – Bekas Tunang Zarina Anjoulie Bersuara

Pelakon ini memohon Datuk Seri menjadi matang dan menyelesaikan masalah secara tertutup. Dia juga mahu lelaki itu jadi lelaki sebenar dan meminta maaf kepada ibu bapanya.

Menjawab kepada itu, Datuk Seri menerusi hantaran di TikTok Story berkata, Anju seorang yang toksik dan manipulatif. Katanya Anju tak sedar salah sendiri dan sibuk menuding jari mencari kesalahan orang lain.

‘Belajar terima kritikan dan nasihat orang terdekat anda’

Jelasnya Datuk Seri lagi, nama akaun TikToknya hanya boleh ditukar selepas 18 Februari. Dia langsung tak ada niat nak terus guna nama pelakon itu. Malah, dia memohon peminat Anju berhenti follow akaun peribadinya kerana tak mahu dituduh ‘ambil’ followers.

Bukan tak pakai tudung punca putus

Dalam hantaran lain, Datuk Seri menafikan Anju tak memakai tudung menjadi punca mereka berpisah. Katanya, bekas tunangnya tahu kebenaran dan dia tak mahu membuka aib.

Selama menjalin cinta, katanya dia tak pernah memaksa sebaliknya hanya meluahkan pendapat suka lihat Anju berhijab kerana lebih cantik.

Ujarnya lagi, dia dah cuba hubungi secara peribadi tetapi tak dijawab. Datuk Seri minta Anju menjadi lebih bijak dengan tak melibatkan keluarga dalam hal ini. Berubahlah kerana Allah SWT, pesannya.

Kredit: TikTok Khazrul Elzey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas