Connect with us

Oh! Media

“Jahat Dengan Ibu Ni Akhirat Tak Tau Macam Mana” – Syada Amzah Sindir Shila Amzah?

syada

Oh! Artis

“Jahat Dengan Ibu Ni Akhirat Tak Tau Macam Mana” – Syada Amzah Sindir Shila Amzah?

Dua adik Shila Amzah iaitu Syafiq dan Syada Amzah menerusi sesi langsung di TikTok semalam memberi penjelasan mengenai isu jual rumah yang tular.

ADVERTISEMENT

Amir Syafiq menjelaskan rumah itu memang di atas nama Shila namun bapanya adalah penjamin utama.

BACA: “Yang Makan Bersuap Senang Cakap” – Banglo Rupanya Shila Amzah Punya, Ada Sebab Nak Kena Jual

Syafiq mendakwa lagi tidak logik bank meluluskan pinjaman perumahan yang berharga RM1.1 juta kerana ketika itu Shila baru berusia 19 tahun.

syada amzah

Katanya, pinjaman perumahan rumah itu dah setel selepas 5 tahun rumah dibeli. Tiada istilah perlu bayar sewa atau bayar pinjaman kepada bank.

Ketika ditanya punca rumah nak dijual secara tiba-tiba, Syada Amzah berseloroh berkata mungkin kakaknya itu mengandung.

@mk.mediia SHILA AMZAH GADUH Dengan ADIKNYA 1SU JUAL RUMAH, Syada Amzah,Syafiq Tampil BID4S & Jelaskan Ini Pula. #shilaamzah #syadaamzah #ndlala #mamazie #fauziahsarman #fyp #ForYouMalaysia #foryoumalaysia #mkmedia #mkmediamalaysia ♬ bunyi asal – Mk Media

Mengenai spekulasi tak bekerja, adik perempuan bongsu, Syada menafikan dakwaan itu. Kata Syada, sejak usia 15 tahun dia membeli beg sekolah, baju sekolah dan belanja sekolah guna duit sendiri.

“Kena kecam satu Malaysia okay ke tu Syada?”, tanya netizen. Syada menjawab, “Tiada masalah, macam ni je kita dunia ni pergi ke mana-mana. Kita tak perlu kejar-kejar tak payah nak jawab balik. Tak payah. Jahat dengan ibu ni akhirat kita tak tahu macam mana”

Penyanyi lagu Hasrat ini berkata lagi, Shila tak boleh dibawa berbincang dan bersikap biadap apabila menendang pintu ketika datang ke rumah Hulu Langat.

Kredit: TikTok MK Media

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas