Connect with us

Oh! Media

“Jaga Tepi Kain Sendiri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang” – Fezrul Khan Bela Anjing Untuk Kebun

Oh! Artis

“Jaga Tepi Kain Sendiri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang” – Fezrul Khan Bela Anjing Untuk Kebun

Nama pelakon, Fezrul Khan mula jadi bualan ramai apabila dia memuat naik video memegang seekor anjing. Ramai yang tertanya-tanya adakah pelakon ini membela haiwan tersebut memandangkan video dirakam menunjukkan persekitaran rumah.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Fezrul memuat naik foto berada di sebuah kebun. Katanya, dia memang ada hobi menanam pokok, tapi bukanlah sayur-sayuran. Dalam perkongsian itu turut kelihatan anjing jenis K9 menemaninya.

Memetik laporan OhBulan, pelakon ini mengaku ada bela enam ekor anjing untuk menjaga kebunnya. Dia melatih anjing-anjing supaya dia selamat ketika di kebun.

Jelas pelakon ini, dia ada tanam pokok dan dalam masa yang sama perlu patuh kepada jadual kerja. Kadang kala dia ‘terskip’ jadual baja pada siang hari, jadi dia perlu membaja pada waktu tengah malam.

Di situ la fungsi anjing-anjing saya. Pernah baca pasal nenek dalam perut ular sawa? Orang yang tertimbus dalam runtuhan bangunan, anjing k9 yang selamatkan.

Anjing adalah ciptaan Tuhan. Saya jaga anjing untuk keselamatan saya juga. Cuba duduk dalam hutan sorang, baru tau macam mana rasa.

Pelacur bagi anjing kehausan pun masuk syurga. Jadi jangan suka-suka tuding jari orang ini masuk neraka atau syurga.

Meninjau ke Instagram, Fezrul mendedahkan anjing peliharaannya bernama Bobo mati diracun orang yang busuk hati.

Kata Fezrul anjing jenis k9 ada banyak kegunaan dan harganya juga tak murah.

Pelakon ini bagaimana pun berharap Allah SWT membalas perbuatan individu tersebut. Dia juga hanya mampu aminkan doa segelintir orang yang menuduhnya akan masuk neraka kerana syurga neraka bukanlah ditentukan oleh manusia.

Kredit: Instagram Fezrul Khan | OhBulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas