Sebelum ni, Ohmedia ada kongsikan gambar pelakon Azlan Komeng yang viral bersama seorang wanita berpurdah. Bagaimanapun, ada pula netizen yang mengatakan wanita berpurdah itu adalah isteri Azlan Komeng sendiri yang cuba membuat isu.
Sedar tentang dakwaan itu, isterinya, Nur Nilam Ortiz, menegaskan wanita dalam video itu bukan dirinya!
IKLAN
Ramai kata itu saya, tapi itu fitnah dah saya takkan maafkan. Korang cakap la purdah itu aku, lantak korang. Korang hadap la fitnah yang korang cakap dekat aku.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Nilam menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut sambil meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang menyebarkan fitnah.
Bukan itu je, Nilam turut membuat andaian sendiri mengenai wanita dalam video tular tersebut. Katanya, mungkin wanita itu berani tampil sebab dah ada status tertentu dalam hidup Azlan.
Pertama, saya andaikan mereka mungkin dah berkahwin. Sebab perempuan akan berani kalau kata dia dah ada title (status). Perempuan takkan berani kalau belum ada title, mesti dia dah ada title. Kalau setahu saya.
Nur Nilam tegaskan ia bukan gimik promosi produk!
Dalam masa sama, Nilam turut menafikan tuduhan yang mengaitkan kontroversi ini dengan promosi produk. Katanya, dia dah lama tak terlibat dengan syarikat yang pernah diasaskannya, Nilam HQ.
Orang nak cakap hanya konten, sekarang ini aku ada minyak ke? Nilam HQ pun aku dah tutup, aku nak jual apa. Aku memang dah tak ada apa-apa dengan Nilam HQ.
Tambah Nilam lagi, dia yakin wanita dalam video itu bukan dirinya kerana ciri-ciri fizikal pun tak sama. Malah dia merasakan kontroversi ini mungkin sengaja dicipta untuk menjatuhkan nama baiknya.
Aku berfikir, mungkin dia nak korang bash (kecam) aku. Sebab dia nak korang fikir aku yang nak buat konten. Sedangkan orang yang kenal aku, tahu itu bukan mata aku.
Untuk info, wanita bernama Maizila sebelum ini mencuri perhatian apabila memuat naik gambar bersama Azlan Komeng di TikTok, yang sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan daripada netizen.
Pssttt! Bila isu rumah tangga jadi santapan media sosial, apa pun boleh jadi. Tapi kalau diri kita difitnah, memang patut bangkit dan pertahankan diri. Apa pun yang berlaku, semoga pihak yang terlibat dapat selesaikan hal ini dengan tenang, tanpa buka aib lebih jauh. Ingat, fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh.