Connect with us

Oh! Media

Wanita Berniqab Didakwa Bakal Madu Nilam? Netizen Dakwa Azlan Komeng Dah Kahwin

Oh! Artis

Wanita Berniqab Didakwa Bakal Madu Nilam? Netizen Dakwa Azlan Komeng Dah Kahwin

Tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berniqab memuat naik hantaran yang menunjukkan momen mesranya bersama pelakon Azlan Komeng hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Wanita yang dikenali sebagai Maizila itu berkongsi beberapa keping gambar bersama Azlan di dalam kereta sambil meluahkan perasaan sayang dan rindu.

IKLAN

Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan saya walau sibuk bekerja. Lepas rindu dengan sayang sorang ini.- Tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa Maizila merupakan bakal madu kepada usahawan Nur Nilam Ortiz, manakala tidak kurang juga yang menyatakan wanita itu sudah pun menjadi isteri kepada Azlan Komeng.

Netizen dakwa wanita itu jadi punca keretakan rumah tangga Azlan Komeng…

Komen-komen di TikTok dipenuhi kritikan terhadap Maizila kerana didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga antara Azlan dan Nilam. Namun begitu, ada juga yang keliru dengan status sebenar wanita tersebut dan mendakwa dia mungkin telah sah menjadi isteri Azlan.

Sebelum ini, Nilam sendiri pernah berkongsi di media sosial bahawa suaminya akan berkahwin satu lagi dan dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

Malah, dalam satu hantaran berasingan, Nilam turut memuat naik video dirinya berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang membawa petunjuk dia memilih untuk berundur.

Nilam Ortiz Azlan Komeng

Untuk info, Azlan Komeng dan Nilam telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Walaupun perkahwinan mereka kelihatan bahagia pada awalnya, kini ramai yang berspekulasi mengenai status hubungan mereka selepas kemunculan wanita lain yang dikaitkan dengan Azlan.

Pssttt! Isu poligami bukanlah perkara kecil untuk dijadikan bahan tular atau sekadar hiburan media sosial. Ia melibatkan emosi, perasaan dan maruah banyak pihak. Sebelum menghakimi, lebih baik kita tunggu penjelasan sebenar daripada individu yang terlibat.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas