Connect with us

Oh! Media

“Itu Adalah Jenayah” – Saiz Badan Dihina, Afdlin Shauki Terima Permohonan Maaf Seorang Individu

Oh! Artis

“Itu Adalah Jenayah” – Saiz Badan Dihina, Afdlin Shauki Terima Permohonan Maaf Seorang Individu

Baru-baru ini, pelawak dan pengarah terkenal tanah air, Dato’ Afdlin Shauki telah meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu yang menghina saiz badannya di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Alasan Finas Melucukan” – Afdlin Shauki Kecewa Kenyataan Finas Tolak Projek Filemnya

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook miliknya, hal itu terjadi ketika dirinya memuat naik sebuah hantaran mengenai pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool.

Namun, Afdlin kemudiannya berasa bengang selepas dikatakan terdapat seorang penyokong pasukan Manchester City yang meninggalkan komen berunsur body shaming pada ruangan komen yang dilihat kurang sopan.

Aku tak kisah pasukan kamu kat atas ke apa ke tapi bila panggil aku gemuk di media sosial, kau dah melakukan satu jenayah.

Pelawak berusia 50 tahun itu turut menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan salah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, Afdlin juga sempat menasihati agar penyokong bola sepak tidak mengaitkan perkara sensitif ketika memerli penyokong pasukan lain yang dilihat semakin menjadi kebiasaan masyarakat kini.

Ingat-ingat bro kita trolling bola bukan main personal. Dulu okay, sekarang dah ada undang-undang. YNWA. Hehe lepas tu kau cakap kau tak takut polis. Kau ingat diorang tak buat kerja ke?

Kesal dengan perbuatan, individu hina Afdlin Shauki tampil mohon maaf

Namun selepas beberapa jam, individu yang menghina saiz badan pelawak itu akhirnya tampil memohon maaf menerusi ruangan komen selepas menyedari kesilapannya.

Afdlin bagaimanapun menerima permohonan maaf itu selain turut mengucapkan terima kasih kerana dia berani mengakui kesalahannya.

Okay terima kasih nor hafiz kerana meminta maaf. Saya pun tak nak memperbesar-besarkan isu ni. Cukup sebagai peringatan utk kita semua yg body shaming is not okay.

Dalam pada itu, dia turut meninggalkan pesanan untuk semua orang di luar sana bahawa body shaming bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ianya salah disisi undang-undang.

Tambahnya, dia juga turut memohon maaf kerana telah memperbesarkan isu tersebut selain berharap supaya orang ramai sentiasa peka terhadap perkara berkenaan.

Menjengah pada rungan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan ulasan pelawak itu selain berharap agar perkara tersebut tidak lagi berlaku di masa akan datang.

Kredit: Facebook Afdlin Shauki

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas