×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

“Alasan Finas Melucukan” – Afdlin Shauki Kecewa Kenyataan Finas Tolak Projek Filemnya

Oh! Artis

“Alasan Finas Melucukan” – Afdlin Shauki Kecewa Kenyataan Finas Tolak Projek Filemnya

Datuk Afdlin Shauki menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid, mengenai projek filemnya yang tidak mencapai piawai yang ditetapkan sebagai sebuah kenyataan yang melucukan.

BACA: Datuk Afdlin Shauki Kecewa Penerbitan Filem Angel Of Sandakan Ditolak Finas

Memetik laporan Harian Metro, Zakaria sebelum ini menjelaskan punca permohonan Afdlin Shauki ditolak untuk penerbitan filem Angel of Sandakan termasuk syarikat produksi lain kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Antara punca penolakan cadangan adalah disebabkan ketidaksesuaian kertas cadangan seperti ditetapkan dan kegagalan dalam mempersembahkan jalan cerita semasa sesi ‘pitching’.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut disangkal oleh Afdlin kerana beliau mempercayai projeknya bukan sahaja memenuhi piawaian Finas, Malah sudah melebihi jangkaan selain telah memberikan pembentangan yang terbaik dan lengkap.

Kami bukan saja hadir dengan skrip yang lengkap, tetapi juga ‘storyboard’ beranimasi, poster, sokongan daripada penerbit luar negara yang pernah memenangi Oscar dan juga pelabur dana untuk projek ini.

Afdlin berkata, filem Angel of Sandakan ini dahulunya merupakan projek bersama dengan pengurusan Finas untuk menghasilkan sebuah karya yang mampu memenangi Anugerah Oscar.

Ia juga adalah projek pertama Malaysia yang Finas ingin gunakan bagi memeterai perjanjian produksi Australia-Malaysia. Pihak kami juga sudah berjumpa dengan wakil pawagam Australia untuk tujuan ini.

Finas memberikan kami dana pengembangan skrip untuk menyelesaikan skrip projek ini, sekali gus bermakna projek ini sudah melalui proses persetujuan yang amat ketat.

Afdlin berkata bahawa ia adalah perkara yang melucukan jika pengurusan Finas tidak menyedari perkara itu.

Afdlin juga turut berkata bahawa beliau cuba menyakinkan Pengurusi Petra Vision Group, Datuk Vinod Sekhar yang merupakan pengurusi harta intelek filem ini agar tidak melaksankan projek ini secara sendirian dengan bantuan pelabur luar sebaliknya, menyakinnya untuk bekerjasama dengan Finas yang pada asalnya projek ini dibangun bersama-sama dengan Finas.

ADVERTISEMENT

Langkah ini bagus untuk pembangunan imej negara dan kemajuan industri filem Malaysia.

Menurut Adlin Shauki, beliau tidak marah dengan penolakan permohonan ini akan tetapi sedih filem ini dibuang dan dilupakan begitu sahaja selain turut menyatakan ia merupakan suatu tindakan yang merugikan jika projek ini tidak diteruskan.

Walaubagaimanapun, beliau akan tetap meneruskan projek ini dan berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia menerusi karyanya.

Sebelum ini, Afdlin pernah menganggap penolakan projek ini disebabkan dirinya cenderung menyertai Parti Pembangkang, PKR, secara terbuka namun, dinafikan Zakaria selain turut menyatakan penolakan ini bukan membabitkan unsur kasih sayang ataupun kecederungan politik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top