Connect with us

Oh! Media

Isu Hutang RM60k, Ini Penjelasan Kenapa Mahkamah Boleh Sita Rumah Arwah Ibu Ali Puteh

rumah ibu ali puteh kena sita

Oh! Artis

Isu Hutang RM60k, Ini Penjelasan Kenapa Mahkamah Boleh Sita Rumah Arwah Ibu Ali Puteh

Konflik di antara pelawak, Ali Puteh dan bekas kakak iparnya, Siti Nor Hidayah nampaknya masih belum selesai apabila timbul pula isu baru.

ADVERTISEMENT

Kali ini, Ali Puteh meluahkan menerima arahan daripada mahkamah untuk menyita rumah arwah ibunya di Gombak Selangor.

Difahamkan, perintah itu susulan isu bayaran saman berjumlah RM60,000 yang masih belum diselesaikan.

BACA: Terkejut Rumah Arwah Ibu Bakal Disita, Ali Puteh Merayu Kepada Nor Hidayah

Di TikTok, seorang bekas peguam yang aktif berkongsi ilmu perundangan telah menjawab persoalan netizen mengenai isu ini.

Boleh ke mahkamah sita rumah ibu Ali Puteh?

Boleh ke mahkamah mengeluarkan perintah sita rumah ibu Ali Puteh? Ini penjelasan Reina.

@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound – Reina Lum

Menurut Reina, untuk kes Ali Puteh dan Hidayah, mereka diberi kebebasan oleh mahkamah untuk menyelesaikan pembayaran dengan cara sendiri.

Tetapi entah bagaimana rundingan tak menemui kata sepakat apabila Ali Puteh sehingga ke hari ini masih belum membuat pembayaran kepada Hidayah.

Penjelasan lanjut

Jelasnya, jika ada masalah dengan rundingan pembayaran maka mahkamah boleh masuk campur dan menentukan bagaimana bayaran dibuat.

Isu dia sebenarnya kenapa mahkamah ambil rumah arwah mak dia? Secara undang-undang, orang yang sudah meninggal dunia tak boleh hold property. Jadi rumah tu sebenarnya mengikut hukum faraid adalah future income Ali Puteh. So dalam undang-undang, property tu dia punya bukan mak dia punya sebab mak dia sudah tiada.

Jadi Reina jelaskan logik mahkamah. Pertama sekali adalah lebih baik dan mudah untuk ambil daripada future income atau pendapatan semasa yang ada di tangan seseorang daripada buat pinjaman peribadi atau menjual harta yang ada untuk bayar hutang.

Lebih baik ambil harta yang akan datang jadi seseorang tak rasa pun sebenarnya hutang tu dah dibayar.

Yang kedua, bila nak buat pembahagian harta atau pindah milik, kesemua proses itu melalui jalan undang-undang. Jadi, alang-alang aset itu sedang melalui proses undang-undang lebih senang nak kawal daripada pandangan pihak berkuasa.

Waris masih ada hak terhadap harta pusaka tersebut. Contohnya kalau rumah, you nak bayar balik you kena jual rumah tu kan? Orang pertama yang patut ditawarkan adalah waris-waris itu sendiri supaya rumah pusaka tu tak dijual kepada pihak ketiga.

Jadi sebagai bekas peguam, dia faham kenapa mahkamah bertindak sedemikian untuk menyelesaikan isu bayaran saman RM60,000 tersebut.

Kredit: TikTok reinalum

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas