
Oh! Artis
“Isteri Syurga Masak” – Lepas Mi Segera, Fattah Amin Tunjuk Amira Othman Masak Telur Ikan Bilis Pula!
ideo Fattah Amin rakam Amira Othman masak di luar negara jadi tumpuan netizen.
Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat pelakon popular, Fattah Amin mengusik isterinya, Amira Othman ketika memasak.
BACA: Lepas Sehari Kahwin, Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Buat Mi Segera Penuh Lauk!
Difahamkan, Amira dan Fattah ketika itu berada di luar negara untuk berbulan madu. Jadi masakan pun simple je.
“Saya ni masak benda senang je” – Amira Othman segan kena rakam
Dalam video yang diambil dari sesi live itu, dapat dilihat Fattah merakam Amira memasak menu telur mata bersama ikan bilis yang ditumis dengan bawang.
Fattah memuji kepakaran memasak isterinya sehingga Amira naik segan! Jelas Amira, menu itu terlalu ringkas dan semua orang boleh masak.
Terdahulu, Fattah berkongsi kepakaran Amira dalam memasak mi segera. Menurut pelakon ini, mi segera Amira bukan biasa-biasa kerana terdapat pelbagai lauk-pauk.
Pssttt! Seronok tengok pasangan artis yang bukan sahaja terkenal, tapi tetap menunjukkan sisi mesra dan sederhana dalam kehidupan harian mereka. Semoga kemanisan ini berkekalan buat Fattah dan Amira.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
