Oh! Artis
Isteri Along Cham Luah Rasa Risau, Suami Hilang Tanpa Khabar?
Kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Fiena Suhaimi, meluahkan rasa risau terhadap suaminya yang dikatakan hilang tanpa sebarang khabar berita.
BACA: “Mak Lampir, Scammer 100k, Curang?” – Isteri Masih Sayang Along Cham Walau Difitnah Dan Diaibkan
Dalam perkongsian di Instagram Story, Fiena menyatakan bahawa dia langsung tidak menerima sebarang panggilan, mesej atau sebarang kemas kini daripada Along.
Isteri tak tahu di mana Along

Tambahnya lagi, dia turut mendoakan agar suaminya berada dalam keadaan sihat walafiat sambil meluahkan rasa rindu.
Saya tak tahu di mana awak berada, tiada update, tiada panggilan, tiada mesej. Saya harap awak okay dan saya doakan agar awak dijaga dan dilindungi Allah.
Perkongsian ini pantas mengundang tanda tanya di kalangan peminat dan warganet yang turut bimbang dengan keadaan Along Cham.
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita keretakan rumah tangga pelawak Along Cham dan isterinya, Afreena Suhaimi.
Konflik rumah tangga semakin berpanjangan

Dalam satu pendedahan, Along Cham merancang untuk memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Along mendakwa Afreena telah melanggar tiga perjanjian yang dipersetujui mereka sebelum ini, termasuk tidak patuh dan menipu suami.
Lebih mengejutkan, Along turut mendakwa bahawa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang ramai yang dianggarkan mencecah lebih RM100,000.
Sementara itu, Afreena telah membuat laporan polis mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan oleh individu bernama Ika, yang menyebabkan kerugian sebanyak RM95,180.
Polis telah menahan sepasang suami isteri berhubung dakwaan kes penipuan tersebut untuk membantu siasatan.
#OhmediaNasihat
Semoga Along dan Afreena dapat menyelesaikan konflik di antara mereka dengan baik. Sebagai netizen, kita hanya mampu mendoakan semoga pasangan ini menemui jalan keluar daripada masalah yang berlaku.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Feena Suhaimi
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM