Connect with us

Oh! Media

Ira Kazar Perjelas Masih Berhubung Dengan Syamsul  

Untitled Design   1

Oh! Artis

Ira Kazar Perjelas Masih Berhubung Dengan Syamsul  

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui yang dirinya masih belum terfikir untuk mencari pengganti selepas berpisah dengan bekas suaminya itu.

BACA: Sah! Ira Kazar Bakal Keluarkan Lagu Dengan Tajuk Ini

Menerusi laporan Oh Bulan, Ira menjelaskan yang fokusnya kini tertumpu pada bidang nyanyian, terutama dengan single sulungnya yang berjudul Tak Kisah bersama Alan D ketika ditemui pihak mereka.

IKLAN

Saya belum terfikir lagi mengenai soal jodoh. Jadual kerja saya tengah padat sekarang, jadi belum terfikir ke arah itu. Tapi Insya-Allah. Manalah tahu suatu hari nanti jodoh akan ada lagi.

Hubungan Ira Kazar dengan Syamsul masih baik, hanya untuk urusan tertentu

Ohmedia ira kazar syamsul yusof bercerai 1

Ira turut berkata yang hubungannya dengan Syamsul masih dalam keadaan baik. Tapi mereka hanya berkomunikasi sekiranya ada urusan penting terutamanya apabila melibatkan perbincangan berkaitan kes luar mahkamah.

Bukannya berhubung untuk saja-saja, tetapi bersebab. Misalnya mengenai kes di antara kami, apa yang perlu dibincangkan di luar mahkamah. Benda-benda yang seperti itu. Bukannya macam borak-borak kosong ke, tiada. Itu sahajalah. Macam itu sajalah, Alhamdulillah. Kita tak nak gaduh-gaduh, tak suka. Penat.

Rekod perkahwinan dan perceraian Ira dan Syamsul

Syamsul Yusof

Untuk rekod, sebelum ini Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lepas di Thailand dan telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. 

Namun, hubungan mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan perceraian pada 5 September lepas.

#OhmediaNasihat

Dalam hidup, fokus pada apa yang penting adalah cara terbaik untuk menjaga emosi dan kesejahteraan diri. Seperti Ira, kadangkala selepas menghadapi dugaan, penting untuk memberi tumpuan pada diri sendiri dan impian yang ingin dicapai. 

Jangan tergesa-gesa mencari pengganti, sebaliknya teruskan kehidupan dan biarkan masa menentukan segalanya.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas