
Trending
Sah! Ira Kazar Bakal Keluarkan Lagu Dengan Tajuk Ini
Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar bakal mengeluarkan lagu tak lama lagi. Wah! Lain macam..
BACA: “Insya-Allah Nanti Saya Keluarkan Single” – Ira Kazar Dapat Tawaran Jadi Penyanyi Lepas Bercerai
Menerusi Instagram, Ira sempat meminta netizen untuk meneka tajuk lagu barunya bersama Alan D yang akan dilancarkan tak lama lagi.
Ira juga meletakkan 3 pilihan tajuk iaitu ‘tak heran, tak kisah dan tak perlu’ tapi ramai netizen yang meneka ‘tak heran’.

Untuk info, Syamsul Yusof dan Ira telah sah bercerai pada 5 September lepas di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Ira Kazar
