Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Watak Amber Heard Tidak Dipotong Dalam Aquaman 2, Cuma Muncul 10 Minit

Aquaman 2

Oh! Artis

Ini Sebab Watak Amber Heard Tidak Dipotong Dalam Aquaman 2, Cuma Muncul 10 Minit

Sebelum ini kami melaporkan yang Warner Bros. Pictures buat keputusan untuk memadam adegan Amber Heard dalam Aquaman 2 nanti.

ADVERTISEMENT

BACA : Semua Adegan Amber Heard Dalam Aquaman 2 Dipotong Warner Bros. Pictures

Berita ini tersebar selepas bekas suami Amber iaitu Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap dirinya yang perlu membayar ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta).

Menurut laporan Kosmo, babak aktres itu tidak pernah dipotong daripada filem sekuel Aquaman 2 dan perkara ini dikatakan sendiri Presiden DC Films di Warner Bros., Walter Hamada. Pulak dah!

Rupanya sekuel ini memfokuskan kisah antara Aquaman yang dilakonkan Jason Mamoa bersama abang tirinya, Orm yang dilakonkan Patrick Wilson.

Babak Heard tidak dikurangkan atas alasan perbicaraan berprofil tinggi dia dengan bekas suami, Johnny Depp. Skrip yang ditawarkan adalah seperti itu sejak awal persetujuan kontrak.

Heard akan muncul dalam filem itu cuma 10 minit saja. Maknanya adegan Amber Heard tidak dipotong pun, cuma muncul sekejap disebabkan jalan cerita itu sendiri.

Untuk pengetahuan, filem Aquaman 2 ini dijangka akan ditayangkan pada 17 Mac 2023 nanti. Ada yang tak sabar ke nak tengok Amber Heard dalam tu?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas