Connect with us

Oh! Media

Semua Adegan Amber Heard Dalam Aquaman 2 Dipotong Warner Bros. Pictures

Aquaman 2

Oh! Artis

Semua Adegan Amber Heard Dalam Aquaman 2 Dipotong Warner Bros. Pictures

Sebelum ini pelakon Hollywood, Johnny Depp telah menang saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard dan akan terima bayaran ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta).

ADVERTISEMENT

BACA : Dituduh Dera Amber Heard, Akhirnya Johnny Depp Menang Saman Fitnah

Menurut laporan The Direct, keputusan mahkamah itu juga membuatkan Warner Bros. Pictures memadam semua adegan Amber daripada Aquaman dan Lost Kingdom.

Laporan itu turut menyatakan bahawa mesyuarat antara ‘orang atasan’ telah diadakan baru-baru ini untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan Amber daripada sekuel Aquaman.

Amber Heard telah merakamkan kebanyakan adegannya di London pada musim gugur pada 2021 dan penyingkiran wataknya boleh dijelaskan secara off-screen death atau kematian di luar skrin.

Khabar angin mencadangkan bahawa wataknya, Mera, boleh mati semasa bersalin pada permulaan sekuel bagi menghalang kemunculan sepenuhnya daripada filem itu.

Langkah itu dijangka bagi membantu mengelakkan sebarang tekanan negatif daripada perancangan dalam DC Extended Universe yang ditetapkan untuk tiba tahun depan.

Info tambahan, Aquaman and the Lost Kingdom kini dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023.

Kredit: The Direct

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas