Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Kenapa Shuib Ubi Kata Penonton Tak Adil

Untitled Design   1

Oh! Artis

Ini Sebab Kenapa Shuib Ubi Kata Penonton Tak Adil

Setelah beberapa tahun ‘berehat’ dari menghiburkan hati penonton secara siaran langsung, pelawak Shuib mengakui bahawa dirinya sedikit kekok sewaktu berada di pentas Ubi Superstar Live.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata bukan mudah untuknya berganding dengan ahli baharu termasuk juga mencari keserasian antara satu sama lain.

Dalam pada itu, salah satu cara untuk mencari keserasian antara mereka, Shuib cuba menghabiskan banyak masa bersama bersama ahli anggota Ubi yang lain.

IKLAN

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut meminta agar penonton tidak membandingkan Ubi Superstar Live dengan Sepahtu Reunion dan menganggap perbandingan tersebut tidak adil.

Tidak adil jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.

Menurutnya, dia sudah bersama dengan Sepahtu selama lima tahun, jadi keserasian itu memang sudah wujud sejak sekian lama.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas