Connect with us

Oh! Media

“Macam Hina Sangat Natasha Gayakan”, Ini Respons Balas Buat Rizman

Oh! Artis

“Macam Hina Sangat Natasha Gayakan”, Ini Respons Balas Buat Rizman

Beberapa hari lepas, viral di media sosial tentang pakaian Natasha Hudson yang dianggap tak sesuai dengan imej wanita bertudung. Mana taknya, busana yang dia pakai waktu majlis pelancaran produk kecantikan, Crystal C White, off shoulder dan menampakkan bahagian bahunya.

ADVERTISEMENT

Bukan itu je, kain yang dia pakai pun terbelah di bahagian belakang sampai nampak betis. For sure tindakan Natasha mengundang kecaman dari netizen. Bahkan kalau korang nak tahu, pereka fesyen baju itu sendiri, Rizman Ruzaini pun terkejut dan kecewa bila dapat tahu. Yelah, dia reka baju tu untuk wanita freehair. Tuptup orang bertudung pula yang pakai.

Menurut Rizman, baju itu sebenarnya koleksi pakaian pengantin yang dibuat tiga tahun lepas. Tapi dah ada orang yang beli secara online bila Rizman buat lelongan dengan potongan harga sebanyak 90%. Bila dapat tahu Natasha yang gayakan, memang dia akui dia marah dan rasa sangat tak patut untuk dilakukan.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.” – katanya.

Ingatkan settle sampai situ, rupanya ada pula respons balas buat Rizman dari rakan kongsi produk suplemen kesihatan itu. Bagi Nor Shahlina Abu, sebagai orang yang mereka busana tersebut, patutnya Rizman back up Natasha dan bukannya join hentam sekali.

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara. Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina.” – katanya.

Dia pun beli busana tersebut bukannya pakai air liur. Jadi Rizman kena hormatlah dia sebagai pembeli. Itulah, masing-masing ada perspektif diorang sendiri, kan? Kadang-kadang, kalau kita ambil kritikan yang orang beri dari sudut yang positif, elok juga.

Kredit: Kosmo!, Gempak

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas