Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Yusof Haslam Selepas Anaknya Dedah Segalanya Dengan Media

yusof haslam

Oh! Artis

Ini Respon Yusof Haslam Selepas Anaknya Dedah Segalanya Dengan Media

Selepas lama mendiamkan diri, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof tampil menjelaskan banyak perkara dalam beberapa sidang media. Perkara itu dilihat penting untuknya mempertahankan diri daripada banyak dakwaan.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, bapa Syamsul iaitu, Datuk Yusof Haslam juga tampil menasihatkan anaknya sekali lagi. Ini selepas anaknya itu bukan sahaja ada konflik dalam perkahwinan tetapi juga kepada ahli keluarga, terutamanya si ibu, Datin Patimah Ismail.

BACA: Datin Patima Kata Anaknya Kena Sihir, Ini Respon Syamsul Yusof

yusof haslam

Situasi jadi tak terkawal selepas Syamsul anggap nasihat ibu sebagai satu ‘racun’

Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.

Pulang dan peluklah ibu…

Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.

Yusof juga beranggapan bahawa tidak mengapa jika ingin menjaga hubungan baik dengan keluarga mentua di ‘sana’ tetapi tidak perlu membiarkan ibu sendiri menangis.

Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami.

Hari ini juga, Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah hadir bersemuka di Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Kita doakan sahaja agar proses ini berjalan lancar dan temui jalan penyelesaian terbaik.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas