Connect with us

Oh! Media

Mahu Keterangan Nadir Dan Caprice, Polis Dibantu Interpol

caprice nadir ebit lew

Oh! Artis

Mahu Keterangan Nadir Dan Caprice, Polis Dibantu Interpol

Selepas isu yang terpalit berkaitan misi kemanusiaan di Gaza, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan ke atas Ustaz Ebit Lew, Muhammad Nadir Al-Nuri dan Caprice.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Ebit Lew Tenang Jawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri

Terbaru, pihak polis dikatakan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia dan penyanyi rap itu.

Kata Superintendan Ashari Abu Samah, meraka masih belum mendapat tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice, selain menantikan perkembangan terbaru daripada pihak Interpol.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tindakan ini susulan laporan yang dibuat Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian.

Ebit Lew nadir capriceDalam pada itu, tindakan lain seperti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melibatkan kenyataan di media sosial sudah pun diambil.

Kita nantikan perkembangan lanjut mengenai kes ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas