Connect with us

Oh! Media

Ini Hukuman Yang Akan Diterima Pelakon Niezam Zaidi, Pengarah Dan Penolong Pengarah

niezam zaidi

Oh! Artis

Ini Hukuman Yang Akan Diterima Pelakon Niezam Zaidi, Pengarah Dan Penolong Pengarah

Desas desus penglibatan pelakon Niezam Zaidi, pengarah dan penolong pengarah yang didakwa ditangkap salah guna dadah akhirnya terjawab. Ini selepas Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada hari Selasa (12 Oktober 2021).

ADVERTISEMENT

BACA: Niezam Akhirnya Tampil Mohon Maaf Kepada Semua

Pengarah, Mohd Latif Zami dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin turut mengaku bersalah memiliki barang terlarang terbabit. Mereka bertiga sebelum ini telah ditahan anggota polis dari bahagian Siasatan jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangsar.

Niezam akan terima hukuman kerana memiliki dadah

Niezam yang ditangkap bersama 1.15 gram dadah jenis kanabis itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Hukuman bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah, Mohd Latif turut dituduh memiliki 0.3 gram dadah jenis kanabis dan akan menerima hukuman sama seperti Niezam jika bersalah.

Hukuman penolong pengarah lebih berat

Hukuman, Saiful Zaidrin lebih berat kerana ditangkap memiliki 0.38 gram dadah jenis methamphetamine. Kesalahan ini berada di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi dalam prosiding meminta agar tertuduh pertama dan kedua diikat jamin sebanyak RM6,000 dan RM8,000 bagi tertuduh ketiga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas