Connect with us

Oh! Media

Niezam Akhirnya Tampil Mohon Maaf Kepada Semua

Ohmedia niezam

Oh! Artis

Niezam Akhirnya Tampil Mohon Maaf Kepada Semua

Semalam segala persoalan terjawab apabila Syafiqa Zamri, Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd mengakui pelakon, pengarah dan penolong pengarah mereka telah ditangkap kerana salah guna dadah. Disebabkan itu, tekaan netizen yang mendakwa pelakon Niezam Zaidi terlibat turut terjawab dan disahkan Syafiqa.

BACA: Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

Niezam berusia 29 tahun itu ditahan bersama pengarah Mohd Latiff Zami dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail. Mereka bertiga masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine.

IKLAN
Drama cindai

Niezam buat pertama kali tampil memohon maaf selepas nama dipetik

Dalam hantaran terbaru Niezam di Instagram pribadinya, dia tampil memohon maaf kepada semua jika ada salah silao yang dilakukannya.

Assalamualaikum semua,Saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua,saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai,media dan rakan2 seperjuangan melalui DM,whatsapp,call dan sebagainya.

Alhamdulillah,syukur pada ALLAH diatas apa yang terjadi & Jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini,semoga ALLAH merahmati kalian.

Buat masa sekarang,saya simpan apa2 comment mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin. – Tulisnya.

Niezam bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut tentang kes yang melibatkan dirinya itu. Dia mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu buat masa ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas