Connect with us

Oh! Media

“Ini Cadangan Yang Teramat Bodoh” – Ridhuan Tee Bidas Pendapat Rosyam Nor Wujudkan Rumah Pelacuran

ridhuan tee

Oh! Artis

“Ini Cadangan Yang Teramat Bodoh” – Ridhuan Tee Bidas Pendapat Rosyam Nor Wujudkan Rumah Pelacuran

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pelakon otai, Rosyam Nor yang memberi pendapat bahawa rumah pelacuran adalah keperluan untuk ‘melepaskan nafsu’ para pekerja asing di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Rosyam Nor Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Ada Di Malaysia Sebab Ini Teruk Dikecam?

Terbaharu, pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah tampil menegur pandangan yang disuarakan pelakon dan penerbit itu.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ridhuan mengatakan bahawa dia sangat tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana ia boleh melanggar hukum agama sekaligus menggalakkan maksiat.

Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis (termasuk yang lain) jahil.

Setiap masalah tersebut, sudah ada jalan penyelesaiannya. Pergilah baca. Lebih-lebih lagi mengikut perspektif agama masing-masing. Lagi pun kajian demi kajian telah dibuat. Ini bukan perkara baharu. Persoalannya, mahu laksanakan atau tidak?

Tapi bukan dengan menyelesaikan, bukan dengan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah.

Malah, Ridhuan turut menyatakan dia berasa risau jika cadangan berkenaan dilaksanakan kerana negara bakal berdepan dengan penularan penyakit berjangkit yang berpunca daripada hubungan seksual.

Ridhuan Tee

Saya yakin, jika cadangan ini diterima, yang ramai jadi pelacur nanti adalah anak-anak kita, bukan dari kalangan pekerja asing ini. Ini belum termasuk lagi masalah penyakit yang akan ditimbulkan seperti HIV AIDS dan sebagainya. Pendek kata, orang yang bercakap ini, cara berfikir dia amat naif. Tidak layak diikuti, meskipun datang daripada orang yang berpengaruh. Bertaubatlah.

Katanya, dia percaya setiap agama telah pun meletakkan solusi terbaik berkaitan permasalahan ini terutama agama Islam yang sama sekali tidak membenarkan aktiviti tersebut dilakukan oleh setiap penganutnya.

Percayalah, setiap agama (bangsa) sudah ada jalan penyelesaian masing-masing. Galilah dan koreklah jalan penyelesaian mereka. Jangan pakai cakap sahaja sehingga nampak kebodohan diri.

Dalam Islam, jelas diberikan garis panduan, dalam mengekang masalah seks yang membuak-buak, jika seks itulah yang menjadi alasan. Antaranya adalah dengan puasa, doa, istighfar, mencintai Allah dan Rasul, solat malam, menahan pandangan, berkumpul dengan orang baik-baik (soleh), menikah, hindari peransang nafsu syahwat, ingatlah dosa dan balasannaya, gaya hidup sihat, hindari zina dan banyak cara lagi. Ini ikut cara Islam.

Agama (bangsa) lain pasti ada cara mereka sendiri, sudah tentu bukan dengan cara membuka rumah untuk pelacur.

Kredit: Facebook Ridhuan Tee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7321674347406527746?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas