Connect with us

Oh! Artis

Ini Apa Yang Terjadi Kepada Intan Sarafina Sebelum Buat Keputusan Berhijab

Mesti korang pernah dengar lagu ‘Duhai Malam’ nyanyian Intan Sarafina yang kini sudah mengubah penampilan berhijab. Perubahan berhijab Intan bagaimanapun menjadi persoalan peminat dan ini apa yang terjadi sebenarnya.

Intan atau nama sebenar Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya sebelum ini dilaporkan telah terjatuh ke dalam lubang ketika sedang jogging. Dalam kemalangan itu, tulang jari kelingking bahagian tengah retak dan terpaksa menjalani pembedahan.

IKLAN

Selepas keluar hospital, rasa macam lain sangat. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Saya berasa bersyukur sangat ibarat diberi peluang kedua. Jadi, sejak itu saya nekad untuk pakai tudung.

Saya bulatkan hati nak berubah menjadi lebih baik dengan berhijab. Alhamdulillah, sekarang saya berasa lebih tenang. Saya berasa bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada hikmah di sebalik kejadian berlaku. – Katanya.

Intan turut mengakui niat untuk bertudung sudah lama tapi ambil keputusan untuk tangguhkan dahulu. Apapun, keputusan yang dilakukan Intan sekarang adalah tepat.

Diakui, sebelum ni memang macam ada sesuatu yang kosong. Tapi, alhamdulillah, sekarang saya lebih gembira dan tenang. Sebenarnya Allah nak lindung dari apa yang mungkin lebih buruk. Jadi, saya berasa syukur sangat. Alhamdulillah. – Katanya lagi.

Bersyukurlah jika masih ada waktu untuk kita berubah. Sebagai pengajaran, jangan tangguhkan niat untuk berubah menjadi lebih baik sebab kita tak tahu Allah berikan masa pada kita atau sebaliknya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas