Connect with us

Oh! Artis

‘Ingatlah, Kita Dari Keturunan Mulia’ – PU Syed Tegur Sharifah Sakinah

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menerusi laman Instagram membuat teguran terbuka kepada pelakon Sharifah Sakinah. Difahamkan, sebelum ini PU Syed ada menghantar pesanan di ruangan mesej peribadi namun tidak dibalas pelakon tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, Sharifah Sakinah haruslah menunjukkan contoh yang baik dari segi berpakaian. Tambah PU Syed lagi, meski pun hidup bebas, umat Islam mempunyai batas-batas yang tertentu.

IKLAN

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by SYED MOHD BAKRI AL YAHYA™ (@_pusyed)

PU Syed turut mengingatkan pelakon tersebut agar menjaga adab dalam berpakaian tambahan pula apabila datang daripada nasab yang mulia. Jelasnya, teguran yang dibuat adalah salah satu cara untuk menyelamatkan saudara seagama daripada terus hanyut.

Tidak hanya mendiamkan diri, Sharifah Sakinah membalas teguran tersebut dengan meminta maaf dan memohon doa yang baik-baik sahaja.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

#sedarasedara done tegur. Im sorry, doakan yang baik baik.

Di ruangan komen, peminat memohon agar pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini mengambil serius teguran yang dibuat. Mereka mendoakan agar Sharifah Sakinah diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Kredit: Sharifah Sakinah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas