
Oh! Artis
“Ingat Time Dia Nangis” – Norreen Iman Dikecam Lagi Lepas Tular Video Tak Tutup Aurat
Noreen Iman dikecam selepas video tular menampakkan leher, peminat kecewa anggap gagal istiqamah tutup aurat.
Nama pelakon Norreen Iman sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas satu video TikTok miliknya tular memaparkan dirinya menampakkan bahagian leher.
Video itu mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan penghijrahannya.
Dulu padam gambar seksi
Peminat mula mengungkit kisah penghijrahan yang pernah dikongsi Norreen tahun lalu. Mereka berharap pelakon ini kekal istiqamah dalam menutup aurat.


Terdahulu, Norreen Iman berkongsi kisah sebak yang dilaluinya ketika hujan lebat bersama seorang rakan.
Kata Norreen, dia dan Tya Adnan ketika itu mahu ke sebuah kedai tetapi terperangkap di dalam kereta disebabkan hujan yang sangat lebat.
Waktu itu, Norreen secara spontan berdoa meminta pertolongan Allah SWT supaya dapat keluar daripada kereta itu.
Tiba-tiba je, hujan yang lebat itu berhenti dan mereka terus berlari ke depan kedai. Mereka saling berpandangan seakan tak percaya dengan keajaiban yang berlaku.
