Oh! Artis
Iman Troye Dan Aliff Syukri Berbaik, Bakal Lancar Lagu Raya Bersama?
Baru-baru ini kecoh di media sosial kontroversi antara penyanyi popular, Iman Troye dan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri telah mengundang perhatian ramai.
Terbaru! Iman akhirnya menjelaskan yang kemelut antara mereka berdua sudahpun berakhir.
Saman ditarik, lagu raya jadi taruhan
Menerusi TikTok, Iman memaklumkan bahawa Aliff Syukri telah menarik balik saman yang dikenakan ke atasnya dan mereka kini bersedia untuk melancarkan lagu Hari Raya bersama. Pulak dah!
Alhamdulillah Datuk Aliff dah tarik saman.
Kitaorang pancing Datuk dengan bagi dia satu lagu demo. Lagu Hari Raya.
Netizen syak hanya ‘marketing’?

Perkongsian ini pantas mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen mendakwa bahawa segala drama sebelum ini hanyalah strategi pemasaran untuk mempromosikan lagu mereka.
Walaupun ramai yang terhibur dengan gimik ini, ada juga yang menyatakan rasa kurang senang jika benar isu saman sebelum ini hanyalah sekadar lakonan.
Apapun, lagu raya terbaru dari dua nama besar ini pasti dinantikan ramai, lebih-lebih lagi selepas pelbagai kontroversi yang tercetus!
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia hiburan, taktik pemasaran memang penting, tapi pastikan ia tidak menjejaskan reputasi dan kepercayaan peminat. Kejujuran lebih bernilai daripada sekadar mencipta sensasi!
