Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Ifa Raziah Nafi Potong Usus, Cabar Pemfitnah Kemuka Bukti

Tiada angin tiada ribut kecoh diperkatakan di media sosial mengenai pelakon, penyanyi dan pengacara sensasi, Ifa Raziah yang dikatakan menjalani kaedah ‘potong usus’ atau bariatrik untuk tampil kurus.

Ifa Raziah juga didakwa menjual produk kurus dengan jenama sendiri selepas melakukan pembedahan itu.

IKLAN

BACA: Ifa Raziah Beri Penjelasan Kenapa Mahu Vaksin Pfizer

Tidak melatah dengan tuduhan itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ser Ser Ser’ ini menawarkan RM200,000 kepada sesiapa yang dapat mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut.

Syarat penyertaan amatlah mudah sekali hanya kemukakan semua bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup penyertaan pada 8 Disember (Rabu) ini.

Jom beramai-ramai para jemaah warganet daripada duk buat dosa fitnah lebih baik tunjukkan segala bukti yang kukuh.

Jelas pelakon ini lagi, selama empat tahun dia hanya mengamalkan produk kurus yang dijualnya. Dia menafikan dakwaan memotong usus atau melakukan proses sedut lemak walaupun berkemampuan.

ifa raziah

Artis versatil ini menganggap tuduhan yang dilemparkan kepadanya bersifat busuk hati dan cubaan untuk menjatuhkan perniagaannya dengan cara menyebarkan fitnah.

Kredit: Instagram ifa_raziah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas