Connect with us

Oh! Media

“Ibu, Kenapa Abah Choose Bad Girl” – Anak Tahu Isu Curang, Menangis Sebab Hafidz Roshdi Pilih Wanita Itu

Anak hafidz roshdi

Oh! Artis

“Ibu, Kenapa Abah Choose Bad Girl” – Anak Tahu Isu Curang, Menangis Sebab Hafidz Roshdi Pilih Wanita Itu

Sedia maklum, masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Hafidz Roshdi serta isteri, Nurul Shuhada boleh dikatakan agak teruk hingga pelakon tersebut didakwa menumbuk Shuhada akibat hilang sabar.

BACA : “Dulu Duduk Rumah Flat, Susah Senang Bersama” – Shuhada Dinasihat Aliff Syukri Kembali Berbaik, Maafkan Hafidz Roshdi 

Terbaharu, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu ada memuat naik hantaran status di Instagram Story memaparkan perbualannya bersama anak perempuan, Humairah.

IKLAN

Melalui perkongsiaan itu, Humairah meluahkan rasa sedih kerana abahnya lebih memilih wanita lain daripada keluarga sendiri.

 Hafidz Roshdi Shuhada

Bukan saja berasa sedih, malah anak kecil itu juga berasa hairan dan terfikir-fikir kenapa Hafidz lebih memilih Athira yang juga digelarkan sebagai perempuan jahat.

Ibu, kenapa abah tak choose sister, Umar and ibu? Kenapa abah choose bad girl?

Susulan tahu anak berasa sedih atas situasi yang berlaku, Shu menjelaskan bahawa dia akan sentiasa bersama dengan kedua-dua anaknya walau apapun yang berlaku.

Sekadar info, Shuhada ada memuat naik hantaran bahawa dirinya berasa kecewa kerana dikhianati oleh keluarga mentua yang membenarkan Hafidz untuk berkahwin dengan Athira tanpa pengetahuannya.

Kredit: Instagram Shuhada

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas